Tuesday, 7 July 2015

Ramadhan datang

Bulan ramadhan kembali lagi. Huh patut nya aku ucap ni awal ramadhan tapi dah saya dekat indonesia kan macam mana lew uhuhuhuhu

Ok assalamualaikum. Selamat berpuasa, selamat berterawih. Niat kena jaga puasa kerana Allah. Okay? 

So apa yg kau patut buat dlm bulan ramadhan? Apatah lagi dah 10 malam terakhir ni kan? Jeng jeng jeng

1. Tertibkan puasa & niat puasa.
Tertibkan, betulkan balik niat puasa tu sebab apa. Kalau sebab kawan kau puasa then kau pun ikut ikut puasa, nothing yang kau dapat. Tapi kalau kau niat sebab nak cari pahala Allah, masuk syurga Allah inshaAllah pahala niat je pun dah dapat. Ok faham? Bagus anak yg soleh & solehah kikiki

2. Tertibkan solat terawih.
Maka barangsiapa yg dah tertib terawih nya, syukur woi syukur. Tapi kalau dari first puasa sampai sekarang ada bolong bolong, ya rajin rajin kan diri eh terawih nya. Terawih ni setahun sekali je beb sayang kalau tak di persungguh kan. Penat kita puasa tapi semata puasa amalan lain takde aih susah gak. Terawih dekat rumah je pun takpe. 

3. Tertibkan tadarus alquran.
Cuba khatamkan alquran. Kalau tak mampu khatamkan apatah lagi yg girl girl, cuba semampu kita lah. Tapi cuba sehari tu tetap wajib baca alquran bila free. Tahu, busy. Tapi cuba lah minimal pun 3 ayat lah. Pahala beb pahala.

4. Lailatulqadar.
Nahhhhhh, ni dah masuk 10 malam terakhir. Cuba ajak ayah ke ibu ke adik abang iktikaf dekat masjid. Iktikaf tu apa? Iktikaf tu duduk je dkt dlm masjid. Iktikaf duduk je takpayah buat apa apa dgn niat iktikaf nak cari pahala Allah pun dah dapat pahala beb. Apatah lagi kalau kita solat sunat, baca alquran dsb. Cuba cari malam lailatulqadar. Dalam surah al-qadr ayat 3 menerangkan malam lailatulqadar tu lebih baik dari 1000 bulan bersamaan kurang lebih 83 tahun. Kita boleh jamin kita hidup 83tahun? So cuba semampu kita. 

5. Zakat
Kalau mampu bayar zakat fitrah sendiri, go on. Bantu ayah atau family kita.


Cuba, cari pahala sebanyak mungkin dalam bulan puasa ni. Kalau hari hari biasa yg bukan bulan ramadhan, tiap amalan kita satu digandakan oleh Allah 10kali ganda. Tapi, kalau bulan ramadhan Allah lipatgandakan amalan kita tu lebih. Malaikat pun taktahu berapa kali ganda Allah lipat pahala kita. Aku cakap ada dalil nya ohkay. Aku takkan cakap kalau takde dalil nya kang aku yg kena bash oh tidakkkkk k drama. Jadi cuba banyakkan buat kebaikan dlm bulan ni. Latih diri kita. Syaitan dah diikat. Jadi buruk nya diri kita sekarang tu adalah diri kita. Bukan syaitan. Tapi nasfu diri kita. Ingat beb, syurga tu nikmatnya paling perghhhh. Bukan semua orang boleh masuk kalau tak berusaha. Aku cakap, bukan aku tak buat. Apa yg aku cakap pun nanti aku baca sendiri aku sendiri sedar baru buat. Maklumlah nak, manusia kan? Aku mengingatkan diri sendiri & org lain. Saling mengingatkan kan sweet awh. Hahahaha. Makin tua makin tahu diri lah ye. Jangan semangat nak raya je. Padahal puasa yg dtg setahun sekali kita sia siakan. Pahala yg berganda yg jarang kita dapat kita lalaikan. Sayang seribu kali sayang. Kalau korg sedar, kalaulah. Malam lailatulqadar dtg tu dah nak raya, waktu manusia sibuk persiapan raya. Waktu tu, baru tahu diri siapa yg igt Allah, siapa yg igt dunia. Fuh..... Maafkan aku Ya Allah

So, maaf kalau ada salah kata. Selamat membaca & selamat beramal! 😇😇😇😇

No comments: