Hi guys assalamualaikum
Okay?
Okay.
Nothing to say. Hahahahahha tak em ok kali ni aku saja nak post pasal tempat aku belajar. Mana lah tahu kot kot sikit sikit boleh ambik sikit apa yg kami buat huhuhu ya nga apa apa asalkan bisa di manfaatin kalau nga banyak ya sedikit ya temen temen! Huhu
Ok everyday....... Start daripada pagi
Kami dibangunkan ewah ya kami di bangunkan oleh ajk yg telah dilantik utk membangunkan kami dalam pukul 2-2.30am (kalau waktu Msia pukul 3-3.30am) bangun pagi pagi solat tahajud
Bestnya kan apa? Em kalau tak bangun tahajud nanti kena denda cuci jeding (tandas) kwang kwang kwang. Alhamdulillah lah aku belum kena huhuhu aku pun bukanlah jenis yg terlalu rajin nak bangun tapi ya kenalah. Sebab apa? Antara waktu paling mustajab berdoa adalah 1/3akhir malam. Allah akan turun ke langit bumi (langit bumi ok bukan bumi) utk mengangkat (makbulkan) doa doa hambanya yg berdoa. Cubalah. Tapi kalau aku dkt pondok pun salah niat susah. Bangun tahajud semata taknak cuci toilet sia sia juga. Memang dapat tak cuci toilet tapi pahala taktahulah kan dapat tak. Tu kadang mata tengah berat jalan nak pergi masjid cakap balik dalam hati "aku bangun ni sebab nak pahala, bukan takut cuci toilet". Tak tipu kadang adalah skip juga sebab sakit. Ni antara sebab aku suka duduk pondok sorry-not-sorry dekat Msia ya ampun susah gila doh. Terjaga yes pahtu sambung tidur (ok jangan tiru amalan aku yg ni)
Pastu habis doa malam dalam pukul 3pagi sambung tidur huhuhuhu sampai azan subuh dalam pukul 4.30 (waktu Msia pukul 5.30). Habis solat subuh ada penderesan Alquran (tadarus Alquran) sampai lebih kurang matahari dah naik bersurai then aktiviti amal soleh. Ok amal soleh ni macam menyapu, mop, bersihkan lah kawasan pondok tu. (Weh kesiannya!) mula mula memang lah berat tapi dekat rumah bukanlah tak biasa buat kan kahkah buat ok tapi aku rasa dekat sini (pondok) dia ajar utk berdikari, hidup susah.
-
Masa ayah cakap nak hantar aku ikut abang aku ke sana, okaylah. Takpe lepas spm kan. Sampai sana ferhhhhhhhhh pls guys bersykur dilahirkan dkt Msia (walaypun ekonomi Msia tengah turun skrg). Lagi lagi dkt Jakarta weh serious padat gila kerete motor banyak gila. Kau selalu tengok sinetron kan? (Tak, aku je gila sinetron) macam tu lah. Best memang best (sebab barang murah em bolehlah) tapi ya padat. Masa atas flight lagi aku tanya abang aku "Am tu kotak ke" & dia jawab "tak, tu rumah" god!!!!!!!!!! Macam kotak siottt haha rapat rapat rumahnya. So kalau kau rasa kau hidup susah, meh aku bawa ke sana. Kita tengok siapa lagi susah. Aku tak salahkan ayah, tak marah ayah hantar aku ke sini. Well, ibu ayah tahu apa yg terbaik utk anaknya. Aku bukanlah nak dikatakan manja tapi sebab 3 beradik je kan so bolehlah. Ok dekat sana takde streka, takde mesih basuh & takde kipas. Takde kipas tu azab ah gak huhuhuhu. Takut baju berkedut? Hahahahah tulahh yg aku fikir masa mula mula. Macam mana dorg bleh stay dlm pondok tu. Tapi alahai, adalah tips nya. Basuh baju kena betul sidai kena betul lipat kena betul. Takde mesin basuh guna tangan pedehal (sebab tu haritu aku sakit pinggang kahkah manja katakan). Kipas em banyaklah kulit kulit buku boleh dijadikan kipas. Guys, bukan takboleh hidup. Alhamdulillah aku masih sihatt em makin gemuk kat sana huhuhuh. Makanannya jangan tanyalah. Okay lah walaupun tak mewah. Boleh dimakan. Macam kat sini jelah.
- (kembali pada jadual harian huhu)
Okay dah habis amal soleh, rehat kejap & siap utk kelas. Kelas pagi kelas hadis. Petang & malam Alquran.
Ok look. Nak cerita nya yg ni; setiap kelas & setiap hari akan ada turn gilir gilir lah org yg nasihat. & setiap awal nasihat tu mesti akan diingatkan; datang kelas di totok (dibetulkan) balik niat datang kelas sebab apa. Kalau niat sebab nak tengok cewek & cowok, mohon dibetulkan balik niatnya kerana Allah, ingin mencari syurganya Allah & selamat dari seksanya Allah.
Benda yg aku nak cakap.. Sama macam kita study. Maybe sebelum ni aku ada salah juga. Tapi ayah selalu ingatkan nak belajar sebab apa? Sebab ilmu. Ilmu tu dari siapa? Allah. Okay senang. Kita belajar sebab nak mencari ilmu Allah. Sebab Allah, dapat pahala. Pahala dapat, ilmu dapat. Ilmu Allah tu luas guys. Bukan setakat math, phy, chemis, bio. Banyak lagi. Kadang kita lupa belajar sebab apa. So every class, betulkan niat balik belajar sebab apa. Maybe dengan cara tu, kau dapat pahala, dapat ilmu & final nanti dapat score. Siapa tahu?
Okay. Niat. Habis tu solat asar, amal soleh, maghrib. Setiap hari lepas maghrib akan ada nasihat. Manusia ni macam handphone. Kalau tak charge phone tu, lemah lah & batery akan mati. Kan kan? Sama macam manusia. Kalau tak di beri nasihat, iman akan turun turun & maybe sampai satu tahap takde lagi iman dalam diri. Rajinkan diri dengar nasihat. Kalau takde, minta kawan nasihat kan kita.
Babe, kau, aku, dia, semua sama. Manusia. Hamba. Ingat babe. Hamba bukan hambar huhuhu. Selagi ada peluang, selagi boleh bernafas, sentiasa perbaiki diri, sentiasa bertaubat & sentiasa cuba utk berubah jadi yg lebih baik.
Ok so macam tulah aktiviti dekat pondok hari hari. Ada cuti, hari Sabtu. Dua minggu sekali boleh lah keluar shooping tu pun masanya sekejap je.
Aku tak rasa susah dengan duit poket ayah aku bagi sebab tu boleh tahan sana kahkahkah. Ok tipu sikit huhuhu. Macam aku taip tadi, aku tak salahkan ayah hantar aku. Ayah nak aku cari ilmu ni. & aku pun sendiri nak. Ayah taknak sebab anak anak dia nanti dia susah dekat akhirat.
Kalau korg rasa dekat pondok tu susah, taklah. Ada lagi yg lagi susah. & aku tahu bukannya pondok tu tak mampu nak mewahkan pelajar pondok tu. Ramai weh yg imfak (sedekah) utk pondok tu. Tapi dia nak pelajar pelajar tu belajar hidup susah. Jadi, kalau dihantar utk berdakwah dekat tempat yg jauh lagi susah dari pondok tu, dorang mampu. & aku tahu, ayah nak ajar aku hidup susah. Ayah kata sekejap je. Tahan sekejap. Balik Msia ok dah hahahhaha. Ok kat sana takde phone. Takde tv. Hidup lah. Eh okay je hidup. Cuma ya dah balik Msia ni kadang syaitan banyak sangat, iman masih goyah. Tulah..
Takpe, inshaAllah nanti charge balik huhuhuhuhuhu
Ok. Apa lagi ye emmm. Ohya, sorry kalau kau rasa macam "kata budak pondok tapi kenapa blablabla" ok baca ni. Aku, masih belajar, masih merangkak. Memang aku belajar Alquran & hadis. Jangan salahkan agama aku, jangan salahkan pegangan aku & jangan salahkan parents aku. Buruk aku, dari aku. Memang jawapan cliche manusia tak sempurna selalu buat silap. Kan kan? Kau boleh tanya pasal hadis pasal alquran, inshaAllah aku boleh jawab. Aku tak berani nak share to publick bab bab macam ni. Sebabnya? Aku sendiri belum mampu practic 100%. Aku takut dekat akhirat nanti aku ditanya apa yg aku share, aku amalkan tak. Mati aku huhuhuhuhu. So kalah kau nampak benda baik aku buat (kalau ada) & kau nak ikut, mongohh (silakan) tapi kalau ada yg buruk mohon jangan diikuti. Ok kawan kawan? Pandaiiiiiiii. Anak siapa? Anak mak ayah kikikikik.
& please....... Jangan sebarkan hadis palsu. Jangan jadikan pendapat ustaz, sebagai hadis & wajib semua org kena ikut. Nanti dekat akhirat awak susah saya taktahu huhuhu. Ada sedikit marah & kecewa sebah dorang main sebar sebab hadis palsu, pendapat yg dikatakan hadis, kecewa. Sebab aku sendiri tak berani. Tapi kenapa korg berani? Bukan nak kata ilmu aku tinggi. Tak, tapi bab agama jangan dibuat main. Berat dekat akhirat. Berat dekat dunia takpe, dekat akhirat nanti tak cukup tapak dah kau nak lari.
So, yg baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan huhu sorry salah silap!
Thanks baca kurkur