Friday 15 April 2016

Assalamualaikum..

Ha ha setelah beberapa lama aku tak post. Sebenarnya ayat aku adalah, diam tak diam dah lama aku tak dekat rumah kikiki. Diam tak diam dah masuk tahun baru. Diam tak diam dah setahun aku tinggalkan sekolah. Jangan lepas ni diam diam kita pergi satu persatu. Tak ada yg boleh tolak bila waktunya dah tiba. Huhu 

Nothing yg best aku nak cerita. Cuma tah teringin post je. & nak luah apa aku rasa. So........

Sebenarnya aku tak sangka, sangat tak sangka dah setahun lebih aku dekat pondok tu. Tak pernah terfikir aku akan habiskan masa masa lepas SPM aku dkt situ sampai sekarang. & yes, kepada kawan kawan, sahabat yg bertanya bila aku selesai study sana. Jawapan aku, tak lama lagi. Paling dlm setahun lagi? Huhu 
Yes kalau kemarin aku pernah cakap inshaAllah bulan 5 aku balik sini, nak sambung study, nak ambik f6. Tapi ya aku cuma merancang, tapi Dia yg lebih baik perancangnya. So, aku tunda study aku utk 2 tahun? "Eei tak menyesal ke? Tak rasa ketinggalan ke?" Hm jawapannya tak, aku tak menyesal & aku tak rasa ketinggalan. 

Babe, flow kau & aku berbeza. Inilah qodar. Aku sendiri dah target nak study tahun ni. Ayah pun tak pernah halang aku utk aku balik anytime, nak sambung study. Lamanya aku dkt pondok tu, atas kemahuan aku. "Best sgt ke tinggal situ?" Hm tak. Tak best. Kena basuh baju sendiri. Hahahahaha tapi sebenarnya best. No phone, no internet, no gadjet, no tv. Ada cuma Alquran, hadis, buku buku doa, buku hafalan. Hahahahaha aku tak pernah terfikir aku mampu lalui semua tu. But yes, I did it. InshaAllah sampai selesai ke penghujungnya. 

Bila balik sebenarnya aku jealous weh. Tengok kawan aku dah selesai Asasi, dah nak selesai matrik, & aku....... Masih SPM huhuhuhuhu tapi takpe.. Ni semua qadar okay. Allah tahu aku ni lemah imannya, senang terpengaruh so Allah suruh aku kebalkan diri aku dgn ilmu ilmu agama sebelum masuk U. & yes, aku tak pernah menyesal sebab dah tunda study aku. Sebab rezeki tu mesti ada inshaAllah. Banyak org kata, nak sambung belajar dkt U umur bila bila pun boleh. Jadi, biarlah isi dgn agama dlu. 

Kalau cikgu pondok aku cakap "Sebenarnya masa kita di luar lebih banyak berbanding di pondok. Semisalnya umur kamu sekarang 18. Selama 17tahun kamu hidup di luar, baru lebih kurang setahun tinggal di pondok. & ketahuilah, cubaan di luar lebih besar banding di pondok." Benda tu selalu buat aku bangkit. Aku boleh habiskan masa aku dari darjah 1 sampai form5 tapi kenapa aku takboleh tahan duduk dkt pondok utk setahun dua?

Weh tipu kalau aku cakap aku tak penat. Kadang aku sendiri down, rindu rumah, family, kawan kawan. Dalam keadaan kau berjauhan, beza tempt, beza negara & kau tak di bekalkan dgn phone. Boleh parents call itu pun seminggu sekali dua, cakap tak lama. Serious, semua tu memerlukan pengorbanan. & jangan tanya mcm mana aku boleh kuat & stay lama kat sana. Semua kekuatan tu dari Dia. 

& kau kau kau, yg tgh study tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Study elok elok. Apa pun course yg kau belajar niatkan kerana Allah, semua ilmu tu dari Dia. Jangan jadikan ilmu kau yg setitik dari air lautan tu dah jadikan kau sombong berlagak lupa diri lupa tuhan. Ingat babe, semua tu dari Allah. Jangan lupa parents dkt rumah yg tgh tunggu kejayaan kau. Sesibuk mana pun, jangan lupa call parents kat rumah, jangan lupa cari rohani kau tu biar terisi. Jangan buat parents kau kecewa je, aku pun sama sama belajar, beza course je dgn korang kihkih

Doakan aku cepat selesai study ye uhuk uhuk
& maafkan aku kalau aku masih ada kekurangan sebab aku tak pernah sempurna & tak akan sempurna. Jadi kesalahan tetap ada dalam diri aku. Sama sama belajar utk jadi dewasa & mencari cinta Dia yg kekal abadi. 

Maaf salah silap. Assalamualaikum xo