Friday, 20 December 2013

Islam

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih di beri peluang untuk meng-update kan diri di blog ni.

Hm takde topic yang best sebenarnya. Tapi, tahun 2013 akan berakhir tak lama lagi. Azam baru? Haha. Azam baru tak semestinya start dari awal tahun. Kita kena ada azam setiap hari. Dan azam kita mesti kena lebih baik dari semalam. Itu yang sepatut nya.
Hm okay. Aku baru ingat akan isu yang ajaran sesat yang semakin menjadi. Syiah. Pernah tak terdengar atau terbaca dekat mana mana yang agama Islam ni akan berpecah belah menjadi 73 agama. Nama agama Islam, tapi amalan nya lain? Aku pun bukan lah orang yang alim, aku bukan ulama. Aku cuma beri pendapat. Okaylah. Ibu aku selalu cakap 'Kenapa Jais atau mana mana jabatan agama Islam ni mencari orang ajaran sesat? Kalau betul nak, pergi dekat club tu cari orang agama yang berfoya-foya, minum arak. Then cari orang tak solat kalau betul nak agama kita membangun' Allahualam. In Shaa Allah, ahli sunnah wal jamaah lah agama Islam yang betul mengamalkan ajaran yang betul.

Then hijrah. Alhamdulillah, hidayah Allah akan sampai kepada sesiapa yang mencari dan mengharap kat hidayah tu. Kalau kita betul nak brrhijrah, kita kena berusaha lebih sedikit. Apa yang kita buat cuba niat ikhlas kerana Allah. Aku pun dalam usaha memperbaiki diri. Banyak dosa dah. Apa nak berhijrah masa umur kita 60tahun? Lepas pencen baru sibuk beribadah. Itu pun alhamdulillah lah jumpa hidayah Allah. Macam mana kalau sebelum umur 60 kita dah bertemu Allah? Nauzubillah. Neraka tu bukan panas macam api dekat dapur. Neraka lebih panas, lebih azab. Allah. Neraka lah tempat pembalasan segala yang kita buat. Apa kita yakin syurga tu milik kita? Bukan kerana IC kita agama Islam, kita boleh yakin kita masuk syurga. Kita boleh yakin syurga milik kita. Syurga hanya milik orang Islam yang benar benar beriman. Apa kita dah cukup beriman? Allah. Kaki aku lemah bila terbayang diri aku dekat neraka selama lamanya. Takde lagi kehidupan selepas akhirat. Neraka yang kekal abadi dan syurga yang kekal abadi. Orang beriman yang ada dosa pun akan masuk ke neraka, bila selesai baru masuk syurga. Kita beriman? Tapuk dada tanya iman. Iman takde dijual dekat 7eleven. Iman kita sendiri. Kita kena perbaiki amalan kita untuk menjadi orang yang beriman. Aku pun bukan manusia yang dah cukup sempurna, cukul beriman. Tapi In Shaa Allah aku akan perbaiki diri aku. Jangan sebab kita hidup pada zaman IT, kita lupa akan Allah. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Allah yang berkuasa, Allah maha pengampun, Allah segala galanya.

Maaf kalau ada isi yang tak berkenan di hati. Aku manusia yang penuh dengan dosa, dan dosa yang tiada noktah. Allahualam. Assalamualaikum :)