bila kau belajar memasak, kau belajar tapi kau tak praktikkan dekat rumah tak jadi juga. bila dah praktik sekali, lepas tu kau tak masak. biarkan ilmu memasak tu pergi, habis lebur RM100+++ yang kau spend kat kelas memasak tu.
hijrah
satu perkataan, simple je. H-I-J-R-A-H
kalau buka buku agama, hijrah tu bermaksud perpindahan Nabi dari Mekah ke Madinah untuk berdakwah. hijrah kita sekarang utk menjadi yg lebih baik. tak kisah siapa kau pada masa silam. kau pencuri, kau perompak, kau perogol, kau penzina, kau boleh berubah kau boleh bertaubat selagi kau belum mati. selagi Allah tak tarik nyawa kau, selagi kau boleh bernafas di muka bumi Allah. bersyukur. kau diberi peluang utk berubah, sebelum kau menemui-Nya. satu perkara yang kau takkan dapat keampunan Allah, kalau kau derhaka pada orang tua. selagi orang tua kau tak ampunkan kau, selagi tu Allah takkan ampunkan kau. ok pasal tu kita bahas next time. can ah?
sorry-lah sebab tiba tiba aku cakap pasal ni sebab aku telah menemui beberapa orang yang dah nak berperang, lepas tu dia patah balik. sayang weh, seribu kali sayang.
so, jom aku share benda simple dulu kau perlu buat.
memang, orang kata harap bertudung labuh tapi bla bla bla. aku tahu orang bertudung labuh tu kena berakhlak mulia bla bla bla. tapi please faham, orang yg bertudung labuh tu manusia, dia pendosa, dia bernafsu, dia nak juga bercerit, gelak ketawa. dia pakai tudung sebab itu perintah Allah. perintah utk menutup aurat sama sama macam perintah utk solat. both wajib. no excuses.
dey, it's okay kalau kau tak mampu terus nak pakai tudung bidang 60. takpe pun kau taknak pakai. yang penting tudung bidang 45 kau, shawl kau, kau boleh olah dia sampai dia boleh tutup dada kau. well, lelaki tu bernafsu. memang kau rasa "ala apalah sangat tayang sikit je" hello sikit tu effect okay! aku taktahu lah seberapa besar effect nya sebab aku pun perempuan kan, nak tahu tanya lah abang hang kalau tak malu xp benda simple pakai just tutup bawah dada je. kalau semua perempuan pakai macam tu, alangkan manis nya dunia. aku pun sebelum ni pakai tudung bidang 45 je. dulu pernah lah zaman betul zaman jahiliyah hahahahaha aku pakai macm tu. ya, pengaruh rakan kan? aku pakai lah tudung tapi silang kiri kanan. tapi serious sangat tak selesa. rasa macam ada je yang pandang. awak boleh selesa? maaflah, saya pun bukan baik sangat. dulu ayah aku selalu marah kalau aku pakai ketat apa semua. aku ni dulu degil. tapi bila dah sekarang, bersyukur sangat ada ayah macam tu.
memang ayah kau tak sama dgn ayah aku. tapi apa salahnya berubah, jangan sebab kita anak perempuan, kita tarik ayah kita ke neraka.
ok next. handsock (kalau dekat indonesia panggil deker) takpe juga kalau taknak pakai selagi lengan baju kita tu boleh tutup pergelangan tangan. kalau kau rasa tak confident takut nanti bila angkat tangan tinggi tinggi takut ternampak, ok pakailah. kalau nak dekat aku ada. inshaAllah aku boleh belikan kalau baru nak pakai kan. tapi panjang nya setakat kau pakai tshirt nak cover lengan sikit boleh lah cuma RM2 lebih. next time aku tunjuk gambar kalau nak pm lah ahhahahahha promote ceh inshaAllah bolehh.
then stoking. well, kaki pun aurat. kalau masa zaman nabi, memang depa tak pakai stoking sebab jubah depa labuih na sampai heret jalan. jadi jangan samakan zaman depa dengan kita. hang taknak pakai stoking juga ngak apa apa kok, pakai la jubah kaya gitu. ya asalkan aurat terjaga inshaAllah barokah ;)
so, kalau rasa berat nak pakai semua tu. slow slow dengan tudung, lepas tu stoking then tangan. atau tengok lah mana bahagian yang kau rasa selalu orang nampak. benda kecik je. then, jangan pakai baju ketat ketat, kalau paling senang pakai baju kurung atau jubah. eh baju kurung tu orang indonesia respect okay sebab baju tu lh sebaik baik baju nak cover badan. tak ketat, nampak sopan gitu. tak sia sia awak beli baju baru yg labuh, tudung, handsock stoking apa semua sbb nak berubah yg penting niat tu kerana Allah, inshaAllah pahala utk awak ;)
then apa lagi ye em oh ya. pedulikan apa org nak kata tentang kau. biar org kata elleh pakai macm tu igt baik. tak, sebab memang kita bukan org baik kita nak cri redha Allah. slow slow takpe. jangan kau mendadak lepas tu bila tak sanggup, kau buka semua. jangan! Allah baru uji awak sikit, takkan dah nak give up. syurga mahal awak. bukan senang nak dapat syurga tu. susah mana awak kumpul duit nak beli mini cooper, susah tu juga awak nak kumpul pahala masuk syurga. takpe kalau awak masih nak huha, sebab saya pun gitu. saya bukan bajet baik, tapi memang saya bukan orang baik hahahaha tak kisah org nak cakap saya apa. sebab ibu ayah saya kenal saya siapa. kalau aurat awak buka awak post dekat instagram, facebook atau mana mana. satu hari awak mati, macam mana? tapi kalau awak huha, huha awak mesti dgn kawan rapat awak, dgn org yang awak kenal. kan? so fikir balik. kalau kita takut dengar cakap orang, smpai mati kita tak ke mana. bukan dia nak tanggung dosa kita, bukan dia nak protect kita dari neraka nanti. so biarkan. kalau boleh, ajak dia sekali buat benda baik.
berubah slow slow takpe, yang penting istiqamah, okay? okay.
sorry sebab ini cara aku maybe agak kasar sampai ibu pun tegur aku tegur org kasar hahahahaahah tkpe kihkih. so fikir eh? thanks sebab baca hihi
assalamualaikum
xoxo
No comments:
Post a Comment